Cari @ Amanz

Apple sering mengambil-alih beberapa syarikat teknologi dalam terus menambah-baik penawaran mereka, dan terkini mereka dilihat telah mengambil-alih salah satu syarikat memfokuskan kepada teknologi Augmented Reality dari Jerman, iaitu Metaio.

MetaioMetaio sebelum ini telah bekerjasama dengan beberapa syarikat besar dalam menawarkan teknologi mereka untuk tujuan promosi dan sebagainya. Melalui teknologi AR, pengguna hanya perlu menggunakan peranti mudah-alih mereka dan melalui penggunaan kamera belakang, ia akan memaparkan sejumlah informasi secara maya pada dunia nyata. Teknologi ini masih tidak digunakan secara meluas buat masa ini, tetapi telah digunakan beberapa kali untuk tujuan promosi.

Sebelum ini, syarikat kenderaan tempatan, Proton turut telah menggunakan teknologi AR dalam mempromosikan kenderaan Preve mereka, membolehkan pengguna Android dan iOS mengimbas keratan akhbar, dan seterusnya melihat sendiri dengan lebih dekat bagaimanakah kenderaan Preve berkenaan kelihatan.

Pengambil-alihan oleh Apple ini dilihat terus mengukuhkan portfolio syarikat teknologi Amerika Syarikat tersebut dalam arena AR dan juga VR (realiti-maya).

Seperti biasa, tiada harga pengambil-alihan yang diumumkan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd