Cari @ Amanz

ASUS ROG merupakan salah satu jenama yang tidak asing untuk para peminat dan pencinta dunia gaming. Hari ini, di Malaysia, pihak Asus Malaysia telah berkongsi mengenai beberapa produk baru dibawah jenama ROG yang telah pun mula dijual dan ditawarkan kepada para pengguna tempatan.

Sebanyak lima produk telah diumumkan hari ini, iaitu Asus ROG G751, G501, G551, GL552 dan juga desktop mereka, Asus ROG G20. Harga peranti yang dilancarkan hari ini adalah sekitar RM3199 sehingga RM8499.

Asus ROG Malaysia

Seperti biasa, yang mencuri perhatian ramai adalah komputer riba dengan spesifikasi tinggi (serta harga paling premium), iaitu Asus ROG G751. Dua variasi ditawarkan oleh Asus untuk ROG G751. Yang pertama adalah ROG G751JY yang mana hadir dengan skrin HD penuh bersaiz 17.3-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel, menggunakan cip Intel Core i7-4870HQ, serta dijana menggunakan NVIDIA GeForce GTX980M 4GB GDDR5, serta memori 24GB DDR3. Asus turut melengkapkan ia dengan ruangan storan sebesar 1TB HDD + 128GB SSD, selain sokongan cakera Blu-ray, USB 3.0, Bluetooth 4.0 serta WiFi. Pengguna yang membeli komputer riba ini turut akan menerima ROG Gaming Headset, ROG Gaming Mouse dan juga ROG Gaming Backpack dalam pakej.

Asus ROG Malaysia

Versi sedikit rendah dengan modal yang sama adalah Asus ROG G751JT yang membawakan perbezaan dari segi kad grafik, dimana dijana menggunakan NVIDIA GeForce GTX970M 3GB GDDR5, memori 8GB DDR3, cip pemprosesan Intel Core i7-4710HQ serta hadir dengan pembaca DVD RW sahaja. Ia dijual pada harga RM5899 dan menawarkan sokongan lain yang lebih kurang sama.

Asus ROG Malaysia

Asus ROG Malaysia

Selain daripada komputer riba ini, turut mencuri perhatian adalah Asus ROG G20, iaitu desktop mereka yang dijual pada harga RM5499. Ia menyertakan cip Intel Core i7-4790, kad grafik NVIDIA GeForce GTX760M 2GB DDR3, memori 8GB DDR3, serta ruangan storan 1TB HDD + 8GB SSD. Asus turut melengkapkan ia dengan Blu-ray RW, USB 3.0, Bluetooth 4.0, serta WiFi. Pembelian desktop ini tidak termasuk monitor, tetapi Asus menyediakan tetikus dan papan kekunci ROG besama-sama dengannya.

Tiga lagi komputer riba yang ditawarkan oleh Asus dibawah keluarga ROG adalah G501 pada harga RM4999, G551 pada harga RM3799 serta GL552 pada harga RM3199.

Asus ROG G501

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd