Cari @ Amanz

Sejak beberapa minggu lepas, kita telah melihat beberapa gambar baru hadir untuk peranti Oppo R7 serta Oppo R7 Plus, dan terkini ia dilihat pengeluar peranti tersebut sendiri telah memperlihatkan peranti berkenaan pada bahagian hadapan dengan belakang melalui gambar rasmi.

Oppo R7

Oppo R7

Oppo R7 dilihat mengekalkan rekaan lebih kurang sama seperti peranti keluarga “Oppo R” sebelum ini untuk hadir dengan rekaan yang nipis. Sementara Oppo R7 Plus pula dilihat hadir dengan pengimbas-cap jari pada bahagian belakang, selain turut menyertakan dwi-LED untuk rakaman gambar menggunakan kamera belakang. Oppo R7 juga dilihat tidak akan menyertakan butang fizikal pada bahagian hadapan, sebaliknya menggunakan butang atas-skrin untuk kawalan peranti.

Fungsi popular Oppo seperti VOOC untuk pengecasan pantas dijangka akan dikekalkan, selain antaramuka khusus Color OS yang membawakan beberapa fungsi tambahan untuk bahagian kamera.

Oppo dijangka akan memperkenalkan ia secara rasmi pada 20 Mei ini, dan pengenalan untuk pasaran Malaysia dijangka berlangsung tidak lama selepas itu

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd