Cari @ Amanz

Kalau pada Google I/O semalam, Google lebih memfokuskan kepada perisian, hari ini melalui perkongsian pihak Google ATAP (Advanced Technology and Projects), mereka berkongsi lebih kepada projek-projek berkaitan hardware. Selain mengumumkan Project Jacquard yang memfokuskan teknologi pada kain, pihak Google juga turut berkongsi mengenai Project Soli.

Project Soli

Project Soli

Melalui Project Soli, pihak Google memfokuskan kepada perant boleh-pakai, dimana Google ingin memudahkan penggunaan gesture untuk melakukan sesuatu perkara berbanding berinteraksi dengan skrin – yang mana biasanya bersaiz kecil pada peranti boleh-pakai seperti jam tangan dan sebagainya.

Untuk menjayakan perkara ini, Project Soli hadir dengan radar yang bersaiz kecil yang mampu disertakan pada peranti boleh-pakai. Kemudiannya, radar bersaiz kecil ini boleh merakamkan gerakan tangan mahupun jari anda dalam bentuk masa-nyata dan mengimpetrasi isyarat yang dihantar.

Seperti biasa, Project Soli ini masih lagi pada peringkat awal, dan mungkin ia akan memerlukan sedikit pembangunan lagi sebelum digunakan secara komersial. Google akan menawarkan API untuk pembangun bagi menggunakan Project Soli ini, dan mungkin kita akan dapat melihat sejumlah projek dan peranti menarik hadir ke pasaran menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd