Cari @ Amanz

GoPro merupakan salah satu jenama popular dalam arena kamera aksi yang sering digunakan ramai untuk merakamkan aktiviti lasak dan sukan menggunakannya. Selain GoPro, terdapat beberapa syarikat lain yang turut menyertai arena sama, dan dalam usaha mengekalkan kelebihan mereka, hari ini CEO GoPro berkongsi beberapa perancangan untuk syarikat berkenaan.

GoPro Code Conference

Menurut CEO GoPro, pada tahun ini mereka bakal memperkenalkan sebuah cagak khusus untuk VR (realiti-maya), membolehkan pengguna menghubungkan enam kamera GoPro dan merakamkan gambar dan video untuk realiti-maya. Seperti ramai sedia maklum, beberapa penyedia telah menawarkan kemudahan untuk seperti kaca mata dan aksesori untuk menikmati kandungan realiti-maya, tetapi untuk GoPro, mereka memfokuskan untuk bagaimana hadir dan hasilkan kandungan tersebut.

Selain daripada itu, GoPro turut mengatakan mereka sedang membangunkan dron tersendiri, dan bakal memperkenalkan ia pada pertengahan kedua 2016 kelak. Info mengenai dron ini masih tidak dikongsikan sepenuhnya, tetapi melalui desas-desus tahun lepas, ia dikatakan GoPro akan hadir dengan quadcopter yang dilengkapi sokongan rakaman untuk memudahkan rakaman daripada kedudukan yang tinggi dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd