Cari @ Amanz

Meizu telah memulakan teaser untuk keluarga peranti MX mereka beberapa hari sebelum ini, dan nampaknya bukan sahaja keluarga peranti MX akan diperkenalkan pada bulan Jun kelak, sebaliknya Meizu turut menyasarkan untuk memperkenalkan Meizu M2 Note.

Meizu M2 Note

Keluarga peranti Meizu M2 Note ini dijangka akan menjadi kemaskini kepada keluarga M1 Note sedia ada, dimana membawakan spesifikasi pertengahan dengan rekaan badan berasaskan polikarbonat. Mengikut desas-desus, Meizu M2 Note dijangka hadir dengan skrin bersaiz 5.6-inci, menjalankan cip pemprosesan MediaTek, serta dilengkapi kamera belakang 12-megapixel.

Meizu sedia menyediakan beberapa teaser sebelum ini untuk acara pada 2 Jun kelak. Selain daripada hanya keluarga peranti baru, pihak Meizu juga dijangka memperkenalkan butang Home yang serba baru pada peranti mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd