Cari @ Amanz

MixRadio merupakan salah satu perkhidmatan yang telah dimulakan oleh Nokia, sebelum ia dipindahkan kepada Microsoft ketika pengambil-alihan bahagian peranti Nokia. Selepas beberapa ketika, Microsoft seterusnya telah menjualnya kepada perkhidmatan permesejan LINE, dan hari ini, setelah sekian lama hanya menawarkan aplikasi MixRadio terhad untuk Windows Phone, ia turut diperluaskan kepada Android dan iOS.

Nokia Music - Mix Radio

MixRadio merupakan salah satu perkhidmatan muzik yang digelarkan sebagai radio internet. Ia membolehkan pengguna memilih daripada pelbagai lagu yang ditawarkan untuk membina playlist, ataupun memilih daripada pelbagai trek lagu yang disediakan oleh pihak MixRadio sendiri. MixRadio juga turut mempelajari penggunaan anda, dan memaparkan serta memainkan muzik dan lagu yang menjadi kegemaran anda.

Bagi anda yang ingin mencuba perkhidmatan MixRadio pada peranti mudah-alih anda, anda boleh memuat-turun aplikasi percuma ini pada Android, iOS ataupun pada Windows Phone.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd