Cari @ Amanz

Di California terdapat bas dengan kedai kopi terbina. Di Poland mereka mempunyai sebuah lagi idea gila bagi memastikan keselamatan pelanggan bank. Mobile Wplatomat ialah mesin ATM bergerak yang boleh dipanggil mengikut keperluan. Ianya sebuah kereta dengan mesin ATM terbina. Pelanggan boleh memanggil Mobile Wplatomat dengan menggunakan aplikasi telefon pintar seperti mana merek memanggil kereta menggunakan aplikasi Uber. Buat masa ini Mobile Wplatomat hanya memberikan perkhidmatan melakukan deposit wang. Tiada perancangan untuk ia membenarkan pelanggan mengeluarkan wang setakat ini.

3045960-poster-p-1-polish-bank-introduces-mobile-atms-you-can-summon-with-an-app

Idea untuk Mobile Wplatomat dimulakan oleh Idea Bank Poland selepas mendapati 80% pelanggan mereka melakukan deposit wang pada waktu malam. Ramai merasakan diri mereka terdedah kepada bahaya kerana memegang wang yang banyak untuk ke mesin deposit di bank. Dengan sistem Mobile Wplatomat pelanggan hanya keluar dari rumah, kedai atau pejabat apabila kenderaan Mobile Wplatomat tiba di destinasi. Secara teorinya ini adalah lebih selamat dari berjalan kaki ke bank berhampiran pada waktu malam.  Apaah idea gila lain yang bakal menjadi realiti?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd