Cari @ Amanz

Setiap tahun, dengan pengenalan versi Android yang baru, menjadi kebiasaan pihak Google untuk turut mengumumkan sebuah peranti Nexus yang baru menggunakan versi sistem operasi Android asli tanpa sebarang penambahan daripada pihak ketiga. Perkara sama dijangka berlaku ketika pelancaran Android M kelak, dan salah satu nama pengeluar yang diperkatakan akhir-akhir ini adalah Huawei.

Huawei P8

Huawei pada tahun ini telah mencuri perhatian ramai dengan pengenalan rekaan peranti mereka yang menarik – bermula daripada Huawei Watch, sehinggalah kepada Huawei P8 baru-baru ini.

Menurut beberapa desas-desus, Huawei dikatakan akan hadir dengan peranti Nexus bersaiz 5.7-inci pada tahun ini.

Walaubagaimanapun, seperti dinyatakan pada peringkat awal, ia hanya sekadar ura-ura sahaja buat masa ini, dan tiada sebarang pengesahan rasmi hadir buat masa ini. Terdapat kemungkinan akhir yang mana Huawei mungkin tidak dipilih, dan pengeluar peranti lain yang menjadi pilihan Google.

Bagi anda, jika peranti Nexus hadir daripada Huawei, adakah anda akan mendapatkannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd