Cari @ Amanz

Emoji Jari TengagPenggunaan emoji sebagai ganti kepada menulis ayat yang panjang semakin popular di media sosial. Ianya lebih mudah difahami dan di atas platform dengan jumlah aksara terhad seperti Twitter ia menjimatkan ruang. Dalam banyak-banyak emoji, emoji jari tengah ialah emoji yang sehingga kini tidak disokong. Ini adalah sedikit aneh kerana emoji jari tengah untuk menunjukkan kemarahan sudah diluluskan oleh Unicode sejak Jun tahun lalu.

Selain membenarkan anda menunjukkan kemarahan dengan lebih efektif, WIndows 10 juga akan menyokong emoticon Vulcan Salute Mr Spock yang setakat ni hanya disokong peranti Apple. Seperti emoji Apple, emoji Windows 10 turut akan memberikan pilihan pelbagai warga kulit bagi mewakili kumpulan etnik pengguna.

Kami jarang menggunakan emoji dalam kehidupan seharian. Tetapi semasa muda dan teruna kami banyak menggunakan emoji beranimasi di Yahoo Messenger. Jika emoji beranimasi dari YM boleh disokong pada media sosial, kami rasakan dunia akan menjadi lebih sempurna. Jika tidak kerana emoji beranimasi “Hai Abang” dari Yahoo Messenger kami rasakan mungkin masih bujang, teruna dan belum menjadi bapa orang seperti sekarang. Terima kasih Yahoo Messenger!

23rdb5apkds2lq_retina

bdjpyikhlpgyq_retina

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd