Cari @ Amanz

ZTE merupakan salah satu pengeluar peranti dari China, dimana mereka masih kurang melakukan pemasaran buat masa ini di Malaysia. Sejumlah peranti ditawarkan oleh mereka, dan pada tahun ini mereka telah hadir dengan beberapa peranti baru yang menarik. Terkini, di China, mereka turut telah memperkenalkan sebuah peranti berspesifikasi rendah, iaitu ZTE Q519T.

ZTE Q519T

ZTE Q519T ini membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720p, cip pemprosesan MediaTek 1Ghz empat-teras, memori 1GB RAM, dan ruangan storan sebesar 8GB. Menjadi fokus utama adalah sokongan bateri, dimana ia menyertakan bateri berkapasiti 4000mAh. Secara teori, dengan penggunaan cip pemprosesan berkuasa rendah dan bateri berkapasiti tinggi, kita mungkin dapat melihat peranti ini berfungsi lebih daripada sehari tanpa sebarang masalah.

ZTE Q519T turut menyertakan kamera belakang 5-megapixel, serta kamera hadapan 2-megapixel.

Dari segi harga, ZTE menjual peranti ini dalam beberapa pilihan warna pada harga ¥599 di China. Jikalau ditukar terus ke harga tempatan, ia berharga RM350.

Pada harga RM350, adakah anda akan memilih peranti berspesifikasi rendah ini yang menyertakan bateri berkapasiti 4000mAh?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd