Cari @ Amanz

Bersama-sama pengumuman Huawei P8, pihak Huawei juga turut dua lagi peranti untuk pasaran Malaysia, iaitu Huawei P8 Lite dan juga Huawei Talkband B2. Kedua-duanya akan hadir ke pasaran Malaysia pada bulan Jun ini.

Huawei P8 Lite

Huawei P8 Lite

Huawei P8 Lite merupakan telefon pintar berspesifikasi pertengahan daripada Huawei, dilengkapi dengan cip pemprosesan Kirin 620 lapan-teras, memori 2GB RAM, dan hadir dengan skrin sedikit kecil, iaitu 5-inci. Ia juga turut menyertakan binaan yang berbeza, dan sokongan kameranya adalah terhad dan tidak meluas seperti Huawei P8.

Huawei Talkband B2 pula merupakan aksesori hibrid daripada Huawei yang menawarkan fungsi sebagai gelang tangan pintar dan juga earpiece berasaskan Bluetooth. Peranti ini turut dilengkapi beberapa sensor untuk membolehkan pengguna menyemak langkah perjalanan dan sebagainya.

Huawei Talkband B2

Huawei tidak mengumumkan harga jualan tempatan untuk kedua-dua peranti ini, dan dijangka berkongsi lanjut mengenainya dalam seminggu dua ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd