Cari @ Amanz

Lampu pintar bukanlah perkara baru dan sudah dihasilkan oleh LG dan juga Samsung sejak tahun lalu. Nampaknya Xioami turut serta mahu menghasilkan lampu pintar mereka sendiri dengan Yeelight. Xiaomi Yeelight ialah lampu tidur pintar LED yang boleh dikawal menggunakan aplikasi peranti pintar. Ia mampu memaparkan 16 juta warna mengikut kehendak pengguna. Keterangan cahaya lampu dan pilihan warna turut boleh dilakukan dengan menekan plat sesentuh pada bahagian atas Yeelight. Lampu pintar ini akan dijual pada harga 248 RMB ataupun sekitar RM 150 sebuah. Sebuah lagi peranti pintar menarik yang dijual pada harga mampu milik oleh Xiaomi. Tidak diketahui bilakah Yeelight akan mula dijual untuk pasaran Malaysia. Nantikan berita terkini mengenai Yeelight di Amanz.

Xioami Yeelight 3 Xioami Yeelight 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd