Cari @ Amanz

RHB kini telah memperkenalkan aplikasi perbankan yang serba baru = sebagai alternatif untuk aplikasi RHB sedia ada di pasaran. Aplikasi baru ini ditawarkan secara berasingan, dan bukannya sebagai kemaskini untuk aplikasi sedia ada.

RHB Mobile Bank

RHB melabelkan aplikasi baru ini sebagai evolusi baru untuk perbankan mudah-alih mereka. Ia kini membawakan rekaan yang lebih moden berbanding versi sebelum ini, termasuk mengetengahkan ciri-ciri seperti sokongan pengesahan biometrik, kemudahan pembayaran kepada rakan-rakan dengan pantas, mengawal had transaksi, dan sejumlah ciri baru yang lain.

Bagi anda yang menggunakan akaun bank RHB, anda boleh memuat-turun aplikasi baru ini, dan mencubanya sendiri hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd