Cari @ Amanz

Huawei adalah antara salah satu jenama pengeluar telefon pintar yang semakin dikenali oleh orang ramai kerana kualiti pengeluaran dan teknologi yang diperkenalkan oleh mereka. Antara telefon pintar terkini yang diperkenalkan oleh mereka adalah Huawei P30 Pro.

Kamera telefon pintar ini dilengkapi dengan tri kamera utama gabungan 40MP, 20MP dan 8MP serta kamera hadapan 32MP. Antara fungsi menarik pada Huawei P30 Pro yang hangat diperkatakan baru baru ini adalah teknologi Zoom sehingga 50x pada kameranya. Dengan kehadiran teknologi Zoom ini, ia dapat menghasilkan gambar yang sangat cantik pada jarak jauh tanpa kehilangan ketajaman sesuatu gambar.

Huawei P30 Pro sudah pun memasuki pasaran Malaysia pada harga bermula RM3799. Ia dibina dengan rekaan skrin 6.47 inci OLED, dijana dengan cip Kirin 980, beroperasi dengan sistem Android 9 Pie, dan bateri bekapasiti 4200 mAh.

Setanding dengan spesifikasi telefon pintar ini yang hebat, harga jualan telefon pintar ini di pasaran Malaysia bermula pada harga RM3799. Namun, sekiranya anda seorang yang ingin berjimat dan tidak mahu keluarkan kos yang banyak untuk membeli Huawei P30 Pro ini, mungkin ini adalah cara terbaik untuk anda memilikinya.

Huawei kini telah mengadakan satu pertandingan yang membolehkan anda untuk memenangi hadiah lumayan sehingga USD 20,000 (~RM 83140.00) dimana anda berpeluang untuk memiliki Huawei P30 Pro, Huawei Nova 4, Huawei Watch GT (46mm) dan banyak lagi.

Apa yang anda perlu lakukan adalah menghantar gambar hasil rakaman daripada mana mana model telefon pintar yang dikeluarkan oleh Huawei. Terdapat enam kategori kesemuanya, dan anda juga boleh memilih untuk menghantar gambar bagi salah satu kategori atau kesemua kategori tersebut. Sekiranya anda menghantar gambar untuk keenam enam kategori, kebarangkalian untuk anda memenangi Huawei P30 Pro adalah lebih tinggi.

Untuk memenangi hadiah bernilai USD 20,000 (~RM8314.00), anda perlulah menghantar pelbagai gambar hasil daripada kualiti kamera mana mana telefon pintar Huawei yang cantik dan dapat menyerlahkan fungsi kameranya. Sekiranya anda menggunakan Huawei P30 Pro untuk menyertai pertandingan ini, ini adalah antara contoh penggambaran menarik untuk anda rakamkan.

Penggambaran Pada Pencahayaan Rendah

Huawei P30 adalah telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan sistem kamera Leica Quad bersama sensor 40MP Super Sensing. Telefon pintar ini juga direka dengan sensor kamera bersama sensitiviti ISO yang maksimum bagi membolehkan anda untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas dan tajam ketika rakaman di kawasan pencahayaan yang rendah diambil.

Untuk mengambil gambar seperti ini, anda hanya perlu memaksimakan fungsi Super Spectrum pada telefon pintar ini. Hanya menekan pada butang shutter, anda kemudian boleh memilih gambar yang paling sesuai dan cantik untuk penggambaran malam. Anda tidak perlukan sebarang aksesori atau tetapan tambahan untuk mendapatkan rakaman yang cantik ini.

Gambar Yang Memfokuskan Kepada Fungsi Teknologi Zoom Sehingga 50x

Huawei P30 Pro merupakan telefon pintar pertama yang hadir dengan sokongan zoom periskop ini daripada mereka. Melalui fungsi ini, P30 Pro boleh menyokong untuk membuat rakaman sudut lebar, zoom 1x, zoom 5x, zoom nirhilang sehingga 10X dan zoom digital sehingga 50X.

Penggunaan tripod sangat membantu anda untuk menghasilkan rakaman yang jelas dan tajam sekiranya anda membuat rakaman zoom menggunakan Huawei P30 Pro ini.

Rakaman Pelbagai Situasi Di Dalam Satu Gambar Menggunakan Fungsi Lensa Sudut Ultra Lebar

Tri-kamera utama Huawei P30 Pro ini menggabungkan lensa utama 40MP, 20MP untuk rakaman sudut lebar dan 8MP untuk sokongan zoom. Bagi membuat rakaman gambar sudut lebar, lensa 20MP akan diaktifkan bagi membolehkan anda untuk memuatkan pelbagai situasi di dalam satu gambar tanpa memerlukan anda untuk berganjak dari posisi anda.

Anda hanya perlu menetapkan rakaman kamera kepada zoom 0.6x bagi mengaktifkan mod sudut ultra lebar. Kamera anda juga akan ditetapkan kepada mod Super Macro secara automatik apabila jarak kamera anda berada dekat dengan objek yang ingin diambil.

Fungsi Sensor Time of Flight (ToF) Yang Dapat Memisahkan Objek Dan Latar Belakang Dengan Lebih Kemas

Kamera Huawei P30 Pro ini juga menyokong untuk membuat rakaman Portrait Mode yang boleh memberikan kesan kabur di bahagian belakang subjek di dalam gambar. Melalui sensor Time of Fight (ToF), rakaman yang anda ambil akan menghasilkan kesan bokeh yang lebih terperinci dan kemas.

Anda hanya perlu memilih mod Portrait dan posisikan subjek yang ingin diambil tidak jauh daripada 2 meter daripada kamera untuk menghasilkan efek bokeh yang cantik dan tajam.

Penghasilan Gambar Yang Cantik Walaupun Terdapat Pencahayaan Yang Berlebihan 

Hasil bantuan daripada teknologi Huawei AI HDR+, kamera Huawei P30 Pro ini membolehkan anda untuk membuat pengecaman objek di dalam gambar, seperti muka, bangunan, dan matahari. Jadi, sekiranya anda berada di kawasan luar, teknologi AI pada kamera Huawei P30 Pro ini akan mengecam objek di dalam gambar dan akan seimbangkan pencahayaan di dalam gambar sekiranya kawasan yang diambil terlebih cahaya.

Bagi mengaktifkan fungsi ini, anda perlu memilih mod HDR sahaja dan exposure gambar akan dilaraskan secara automatik bergantung kepada jumlah pencahayaan di kawasan yang anda rakamkan. Kemudian, anda hanya perlu tunggu sehingga fokus objek menjadi jelas dan tajam sebelum rakaman diambil.


Berikut merupakan panduan untuk anda memenangi hadiah Huawei P30 Pro, Huawei Nova 4 dan Huawei Watch GT (46mm).

  1. Mengambil gambar dengan menggunakan mana mana model telefon pintar daripada Huawei dan pastikan fungsi tera air (watermark) diletakkan.
  2. Letakkan penerangan(caption) berdasarkan gambar yang diambil.
  3. Muat naik gambar ke media sosial dengan tanda pagar (hashtag) tertentu.

Jika anda berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila layari laman web dibawah untuk maklumat lanjut.

Media Platform Contest Contest link
The Star #ColourfulLife Photo Contest https://contests.thestar.com.my/colourfullife/
Berita Harian Peraduan Fotografi ‘Rakam Umpama Pro’ https://www.bharian.com.my/umpamapro
Harian Metro Jadilah Juara Gambar HUAWEI https://www.hmetro.com.my/juaragambarhuawei
Sin Chew #P30challenge https://www.sinchew.com.my/content/content_2034018.html
Oriental Daily News 华为手机摄影大赛 http://www.orientaldaily.com.my/s/285635

Melalui gambar yang diambil juga, anda hanya perlu hantar gambar gambar ini ke NEXT Image Awards untuk memenangi hadiah bernilai USD 20,000 (~RM 83140.00) dan beberapa hadiah lumayan yang lain. Pelbagai kategori penyertaan adalah dialu alukan dimana anda boleh menghantar lebih daripada satu gambar sehingga 30 gambar berdasarkan 6 kategori yang disenaraikan.

Penafian: Advertorial daripada Huawei Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd