Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S10 merupakan telefon pintar mercu daripada Samsung pada tahun ini. Ia sedia menerima pujian ramai dari segi penawaran kamera – termasuk untuk rakaman gambar dan juga video. Tidak ketinggalan adalah sokongan rakaman kamera hadapan yang dipertingkatkan, dan menawarkan hasil rakaman yang sangat baik jikalau dibandingkan dengan pelbagai kamera pada telefon pintar lain hari ini.

Sokongan Rakaman Video HDR10+ Pada Kamera Belakang – Pertama Di Dunia

Samsung Galaxy S10+

Samsung Galaxy S10 menawarkan sokongan rakaman video HDR10+, sekaligus menawarkan hasil rakaman dengan kesan Dynamic Range yang lebih baik – sekaligus menjadikan video yang dirakamkan anda jauh lebih cantik jikalau dibandingkan dengan rakaman menggunakan telefon pintar lain dipasaran hari ini.

Sokongan Penstabilan Video Yang Sangat Baik Melalui Super Steady


Samsung terus menambah-baik penawaran teknologi penstabilan video pada telefon pintar Galaxy S10 ini. Samsung menamakan ciri ini sebagai Super Steady, dimana ia membolehkan anda merakamkan video pada hasil yang sangat lancar tanpa gegaran yang tinggi. Ini sekaligus menjadikan hasil rakaman video pada Galaxy S10 anda lebih cantik, terutamanya ketika anda sedang berjalan, berlari, atau sedang melakukan beberapa aksi.

Rakaman Sudut Ultra-Lebar – Merakamkan Lebih Banyak Perkara Dengan Mudah Pada Satu Gambar

Ciri rakaman sudut ultra-lebar telah menjadi fokus ramai pengeluar akhir-akhir ini, dan Samsung mengintegrasikan ciri ini dengan sangat baik pada Galaxy S10. Pengguna kini boleh merakamkan lebih banyak perkara dengan mudah, tanpa melalui proses sukar sebelum ini. Sebagai contoh, sekiranya sebelum ini anda perlu bergerak ke belakang untuk merakamkan gambar secara menyeluruh, tetapi dengan lensa pada 123-darjah ini, pengguna boleh merakamkan gambar menyeluruh dengan mudah tanpa perlu bergerak kebelakang. Ini sekaligus memudahkan anda merakamkan pelbagai perkara tanpa terlepas sebarang detik penting.

Rakaman Video Pada Resolusi UHD Menggunakan Kamera Hadapan

Galaxy S10

Samsung Galaxy S10 sedia menawarkan sokongan rakaman video yang lancar dan baik pada kamera belakangnya – malah menawarkan sokongan rakaman 4K pada kadar 60fps. Menariknya, bukan sekadar kamera belakang sahaja, malah pengguna turut boleh merakamkan pada resolusi UHD menggunakan kamera hadapan 10-megapixel.

Integrasi Perkongsian Instagram Terus Pada Aplikasi Kamera

Mod Instagram

Salah satu perkara yang sering diadu ramai pengguna adalah berkenaan dengan hasil perkongsian Instagram oleh pengguna Android yang tidak memuaskan. Samsung kini mengatasi perkara ini dengan mengintegrasikan terus mod Instagram pada aplikasi kamera – dan anda boleh memuat-naik hasil rakaman terus melaluinya dengan pantas, dan pada resolusi yang cantik.

Storan 1TB – Tidak Lagi Perlu Risau Untuk Padam Hasil Rakaman

Samsung Galaxy S10+ juga hadir dengan sokongan storan terbina sehingga 1TB, selain kebolehan menambah storan tambahan melalui mikro-SD sehingga 512GB. Dengan penawaran ini, ia sekaligus membuatkan anda tidak lagi perlu risau untuk perlu memadam hasil rakaman anda yang lama, dan boleh meneruskan rakaman pada resolusi 4K tanpa sebarang masalah.


Samsung Galaxy S10 ditawarkan pada harga bermula RM2699 di Malaysia, dan anda turut boleh mendapatkan model 1TB bersama 12GB RAM pada harga RM5999. Menariknya, untuk tempoh terhad, pengguna turut akan menerima Galaxy A9 secara percuma dengan pembelian model 1TB, selain sebuah kerangka luar adiwira Marvel secara percuma.

Ini adalah advertorial daripada Samsung Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd