Cari @ Amanz

Realme 4K Smart Google TV telah diumumkan secara rasmi dan ia merupakan dongel khusus untuk televisyen pertama keluaran Realme. Ia dikuasakan oleh ARM Cortex A-35 teras yang digandingkan dengan 2GB RAM dan ruang storan 8GB. Ia juga menyokong resolusi sehingga resolusi 4K 60fps serta sokongan HDR10+. Pilihan sambungan pula termasuklah Wi-Fi, Bluetooth 5.0 dan port HDMI 2.1.

Seterusnya, ia juga mempunyai pelbagai platform hiburan terbina seperti Netflix, Amazon Prime Video, Disney+Hotstar, YouTube Music, Voot, dan MX Player. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi sokongan Google Assistant yang membolehkan pengguna memberi arahan suara. Di samping, integrasi Chromecast secara terbina dan serasi dengan semua rangkaian televisyen pintar Realme. Di India, Realme 4K Smart Google TV Stick dijual pada Rs.3,299 (~RM183) untuk seunit.

Sumber : Realme India

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd