Cari @ Amanz

Runway syarikat yang membangunkan kecerdasan buatan (AI) Stable Diffusion mengumumkan pula Gen-2 yang merupakan AI yang menghasilkan video berdasarkan hanya input teks. Ia adalah peningkatan kemampuan berbanding Gen-1 yang memerlukan pengguna memasukkan imej sendiri yang akan dijadikan asas menghasilkan video.

AI Generatif ini juga boleh menghasilkan imej pada resolusi dan ketepatan janaan video lebih tinggi berbanding versi terdahulu. Terdapat beberapa mod Gen-2 boleh menjana video. Mod pertama ialah input teks. Kemudian input teks dan imej juga boleh digunakan dengan imej yang dimasukkan menjadi asas kepada video yang dihasilkan. Mod ketiga ialah Stylization yang meniru gaya pergerakan daripada input video sebelum video lain dengan input teks.

Stylization

Mod keempat ialah Storyboard yang mengubah video objek kepada video lain berdasarkan input teks. Ia sama seperti Stylization tetapi tanpa manusia dalam video yang dihasilkan. Seterusnya ialah mod Mask yang boleh mengarahkan Gen-2 mengubah objek tertentu sahaja dalam video yang digunakan sebagai asas.

Render

Kemudian terdapat mod Render yang mengubah imej pre-vis yang digunakan dalam animasi kepada animasi akhir lengkap dengan tekstur. Akhir sekali ialah mod Customization yang menggunakan kesemua mod di atas untuk menghasilkan video akhir.

Runway Gen-2 masih sedang dipertingkatkan lagi dan oleh itu hanya boleh diakses oleh sebilangan kecil pengguna menerusi jemputan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd