Carian
HP
HP Omen 17 Dikemaskini Dengan Gabungan CPU Dan GPU AMD Dan NVIDIA
April 22, 2024 Nazrin

Siri komputer riba terbesar oleh HP, iaitu HP Omen 17 baru-b)aru ini telah tampil dengan kemaskini baru untuk tahun 2024, dengan menggunakan gabungan CPU dan GPU AMD dan juga NVIDIA.

Untuk model terbaru ini, HP Omen 17 diperlihatkan hadir dengan paparan skrin IPS bersaiz 17.3 inci dengan pilihan resolusi setinggi QHD (2560 × 1440 piksel) dan kadar segar semula sehingga 240Hz.

Ia dikuasakan oleh pilihan CPU AMD Ryzen 5 8645HS, AMD Ryzen 7 8845HS dan AMD Ryzen 9 8945HS yang dipadankan bersama-sama pilihan memori DDR5 sebanyak 32GB dan storan SSD PCIe 512GB dan juga 1TB. Dari segi penawaran kad grafik pula, HP Omen 17 tampil dengan pilihan mampu milik ke premium, dari NVIDIA GeForce RTX 4050, NVIDIA GeForce RTX 4060 ke NVIDIA GeForce RTX 4070.

Dari segi pilihan palam, HP Omen 17 memperlihatkan tiga palam USB 3.2 Type-A, satu palam USB 3.2 Type-C satu palam HDMI 2.1 dan satu palam audio 3.5mm. Untuk sambungan nirwayar, komputer riba ini hadir dengan sokongan sambungan internet nirwayar WiFi 6E dan sambungan Bluetooth 5.3.

HP mengatakan bahawa komputer riba gaming HP Omen 17 ini akan dijual di beberapa pasaran terpilih bermula April 24 pada harga permulaan $1350 (~RM4800).

Komen