Carian
Kehadiran Infinix GT 20 Pro Diacah Secara Rasmi – Bakal Tiba Di Malaysia
April 22, 2024 Amy Maizuraa

Infinix akan melancarkan peranti pintar yang seterusnya di bawah nama GT 20 Pro. Berdasarkan kapsyen dan video promosi pendek yang dimuatnaik, ia berpotensi memberi penekanan yang sama seperti generasi sebelum dan disahkan bakal tiba di Malaysia. Cuma sayangnya Infinix mengambil pendekatan untuk berteka-teki mengenai reka bentuk, perkakasan dalaman dan tarikh pelancaran rasmi.

Jangkaan awal mendapati cip MediaTek Dimensity 8200 dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan 256GB boleh digunakan sebagai tunjang utama. Selain turut diikuti dengan bateri 5000mAh, sistem pengecasan 45W dan skrin FHD+ 120Hz. Untuk ketahui lebih lanjut, sama-sama nantikan kemaskini daripada Infinix sendiri berhubung peranti termasuklah tarikh pelancaran kelak.

Komen