Carian
LG
Televisyen LG Menjadi Pertama Menyokong Apple Music Dengan Dolby Atmos
May 2, 2024 Fahim Zahar

Televisyen dengan sokongan Dolby Atmos atau Dolby Vision sudah banyak di pasaran. Ada yang menggunakan sistem konvensional, ada yang menggunakan Dolby IQ untuk penalaan lebih pintar. Televisyen LG telah menyokong sistem Dolby sejak model 2017 lagi. Terbaru, Apple telah memberi sokongan Dolby Atmos untuk aplikasi Apple Music.

Sudah semestinya, mengakses Apple Music di mana-mana televisyen LG memerlukan aplikasi rasmi melalui gedung LG Content Store. Ini adalah kali pertama Apple membenarkan peranti bukan Apple dan Sonos menyokong Dolby Atmos pada Apple Music. Menurut FlatspanelHD, sokongan ini terhad untuk televisyen LG model tahun 2020 dan ke atas seperti LG GX OLED. Sokongan ini dikatakan tidak memerlukan sebarang sistem speaker tambahan, tetapi digalakkan untuk pengalaman pendengaran lebih imersif.

Jika anda memiliki televisyen LG model 2020 ke atas, buka LG Content Store dan muat turun Apple Music untuk mencuba. Langganan Apple Music adalah serendah RM8.90 sebulan untuk pelajar atau RM16.90 untuk individu. Jika anda ingin jimat lagi, dapatkan Apple One.

Komen