Carian
Acer Nitro V 16 Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM4,899
May 2, 2024 Amy Maizuraa

Acer telah mengumumkan ketersediaan komputer riba gaming Nitro V16 baharu untuk pasaran Malaysia. Ia dikuasai pemproses AMD Ryzen 7 8845HS dengan gabungan GPU NVIDIA GeForce RTX 4050 6GB GDDR6 bersama teknologi DLSS 3.5. Selain turut disokong oleh platform AI RTX NVIDIA untuk keupayaan permainan dan aplikasi yang dipertingkatkan oleh AI.

Skrin pula sejenis LCD WUXGA (1920 x 1200) 16:10 sebesar 16-inci dengan kadar segar semula 165Hz. Sebagai tambahan ia juga menawarkan nisbah skrin-ke-badan bersama pembesar suara dengan DTS:X Ultra. Selain turut disertakan sejumlah fungsi yang mengintegrasikan AI seperti Acer PurifiedView pada kamera web dan Acer PurifiedVoice 2.0 dengan tiga mikrofon bersama teknologi pengurangan bunyi.

Kemudiannya pelbagai port dan sambungan juga disediakan yang termasuk USB 4 Type C, tiga port USB 3 (satu untuk pengecasan offline), HDMI dan palam RJ-45. Bagi yang berminat Acer Nitro V 16 dijual pada RM4,899 sebuah dengan hadiah menarik sehingga RM438 diberi percuma untuk masa terhad.

Komen