Carian
PCI-SIG Memperkenalkan CopprLink – Piawaian Sambungan Kabel Baru Untuk Pusat Data, Kecerdasan Buatan
May 6, 2024 Nazrin

Kumpulan PCI-SIG ialah sebuah kumpulan yang sentiasa mencari cara baru untuk menghantar data pukal secara pantas. Pada tahun 2015, mereka telah memperkenalkan sambungan OCulink yang memperlihatkan kelajuan penghantaran data sehingga 8.0GT/s ataupun sekitar 7.8Gbit/s, tetapi pembangunan sambungan ini telah dihentikan sejak 2021, dan masih belum digantikan sehingga kini.

Pada penghujung tahun lepas, kumpulan PCI-SIG telah mengumumkan kehadiran piawaian sambungan baru yang dinamakan CopprLink yang tampil dengan kelajuan penghantaran data dari 32 ke 64GT/s untuk teknologi penghantaran data PCIe 5.0 dan juga PCIe 6.0.

Kabel sambungan CopprLink ini akan hadir dengan dua konfigurasi berbeza, untuk sambungan dalaman dan juga sambungan diantara mesin pelayan. Sama seperti OCulink, CopprLink juga masih lagi akan menggunakan kabel kuprum untuk sambungan data, ini, walaupun terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa PCI-SIG sedang membangunkan variasa yang menggunakan gentian kaca untuk kadar penghantaran data yang lebih pantas untuk sambungan PCIe 7.0.

Buat masa ini, PCI-SIG mengatakan bahawa penggunaan CopprLink adalah terhad untuk perkara-perkara seperti pembelajaran mesin dan juga untuk pemprosesan dan penghantaran data untuk tujuan kecerdasan buatan.

OCulink memakan masa beberapa tahun sebelum ia dimanfaatkan untuk penggunaan umum seperti untuk menyambungkan peranti realiti maya dan sebagainya, tetapi kini dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat, ia tidak begitu mengejutkan sekiranya CopprLink digunakan untuk peranti-peranti pengguna apabila ia dilancarkan kelak.

Komen