Carian
Apple Dijangka Perkenal iPad Air Dengan Pilihan Saiz 12.9-inci Pada Minggu Hadapan
May 3, 2024 Aman

Apple sedia menjadualkan pengenalan iPad baharu pada minggu hadapan, 7 Mei 2024. Sebanyak dua iPad dijangka diperkenalkan oleh gergasi perkomputeran berkenaan, iaitu iPad Pro dan juga iPad Air.

Melalui Bloomberg, Apple dijangka memperkenalkan iPad Pro dengan skrin OLED buat pertama kalinya, sekaligus membawa kepada rekaan yang lebih nipis. Dua model dijangka hadir dibawah keluarga iPad Pro, iaitu bersaiz 11-inci dan juga 12.9-inci, dan kedua-duanya dijangka dikuasakan oleh cip Apple terbaru, Apple M4.

Disamping iPad Pro, Apple turut dijangka perkenal iPad Air pada acara sama. Selain model iPad Air bersaiz 10.9-inci, Apple juga dijangka perkenal model bersaiz 12.9-inci buat pertama kalinya. iPad Air akan dikuasakan oleh cip Apple M2.

Disamping kedua-dua tablet ini, Apple akan turut mengemaskini Apple Pencil dan juga Magic Keyboard pada acara sama.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan 7 Mei ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh Apple kelak.

Komen