Carian
Apple Kini Menyenaraikan Beats Solo 4 Dan Beats Solo Buds Untuk Pasaran Malaysia
May 4, 2024 Aman

Apple kini mengemaskini penawaran produk audio untuk pasaran tempatan, dan telah menambah dua lagi produk berjenama Beats, iaitu Beats Solo Buds dan juga Beats Solo 4.

Beats Solo Buds merupakan fon telinga nirwayar yang mesra peranti iOS dan juga Android, direka dengan memfokuskan muzik sekaligus menghasilkan bunyi bass lebih jitu, dan turut hadir dengan algoritma khusus untuk pembatalan bunyi hinggar ketika dalam panggilan suara.

Beats Solo 4 pula merupakan fon kepala yang turut hadir dengan sokongan Spatial Audio, dihubungkan melalui USB-C atau bicu audio 3.5mm, dan boleh digunakan bersama peranti iOS atau Android. Beats Solo 4 turut menjanjikan masa penggunaan sehingga 50 jam lamanya. Melalui sokongan Spatial Audio, ia membolehkan pengguna menikmati kualiti audio yang lebih baik melaluinya.

Di Malaysia, Beats Solo 4 disenaraikan pada harga RM899, sementara Beats Solo Buds pula disenaraikan pada harga RM349. Kedua-duanya disenaraikan di laman Apple buat masa ini, dengan menyatakan bakal ditawarkan tidak lama lagi.

Komen