Carian
Johor Akan Sediakan Kemudahan “Wifi Premium Maju Johor” Bermula Julai – Dengan Kelajuan Minima 1Gbps
May 6, 2024 Aman

Kerajaan negeri Johor kini mengumumkan akan mula menawarkan WiFi Premium Maju Johor bermula Julai 2024 ini, di sekitar 23 lokasi di negeri berkenaan, melibatkan 63 hotspot. Untuk makluman, perkhidmatan seumpamanya telah ditawarkan sejak sebelum ini, tetapi kemaskini penawaran baharu ini akan hadir dengan kelajuan minima 1Gbps pada setiap lokasi.

WiFi Premium Maju Johor (Media Digital Johor)

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan menguntungkan para pengguna – selari perkembangan arena ekonomi digital. Untuk permulaan, kerajaan negeri Johor akan memperkenalkan penawaran ini di empat buah hospital, iaitu Hospital Sultanah Aminah (HSAJB), Hospital Sultan Ismail (HSI), Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat dan Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang.

Disamping di hospital, penawaran sama juga akan diperluaskan kepada sektor pendidikan, dan beberapa lokasi lain di negeri Johor.

Inisiatif ini dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 12,000 keluarga, terutamanya di 25 kawasan hotspot PPR (Program Perumahan Rakyat).

Komen