Carian
Sony Dilaporkan Dalam Perbincangan Mengambil-Alih Paramount
May 6, 2024 Aman

Sony kini dilaporkan dalam perbincangan bersama pihak Paramount untuk pengambil-alihan. Sony dikatakan disertai bersama Apollo untuk bidaan pengambil-alihan.

Perbincangan ini dikatakan telah dimulakan oleh Paramount, selepas tempoh perbincangan eksklusif bersama Skydance tamat tempoh pada penghujung minggu lepas. Ia dikatakan Sony dan Apollo membida untuk mengambil-alih Paramount pada nilai mencapai $26 bilion.

Bagi yang tidak mengenali akan Paramount, ia merupakan nama yang tidak asing dalam arena penghasilan kandungan, dan mempunyai jenama seperti Nickelodeon, MTV, dan juga CBS dibawah mereka, selain Paramount Pictures. Disebabkan oleh cabaran perniagaan termasuk disebabkan perkhidmatan penstriman, Paramount telah mula melihat kepada beberapa kaedah lain, termasuk menjual perniagaan mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan Paramount ini, dan sama ada adakah Sony akan menjadi syarikat induk baharunya atau sebaliknya.

Komen