Carian
Sennheiser HD 620S Dilancarkan Untuk Keselesaan Ketika Dipakai Pada Harga RM2050
May 9, 2024 Effi Saharudin

Fon kepala Sennheiser HD 620S telah dilancarkan hari ini dengan ia adalah dari jenis belakang tertutup. Ia direka untuk memberikan keselesaan pada kepala pemakai walaupun selepas digunakan untuk tempoh masa yang lama.

Ia masih lagi menawarkan pengalaman penggunaan audio tahap mercu menerusi dua pemandu audio sebesar 42mm. Dengan ini audio HiFi yang jelas, tepat dan menyamai tahap rujukan boleh dinikmati. Bahagian pelapik tebal di bahagian angkup kepala dan juga busa pada cawan telinga memastikan keselesaan untuk sesi pemakaian yang lama.

HD 620S hanya menyokong sambungan berwayar menerusi kabel 3.5mm sepanjang 1.8 meter. Penyesuai 3.5mm ke 6.3mm turut disertakan dengan setiap pembelian. Tiada sistem ANC tetapi menurut Sennheiser bahagia span di cawan telinga cukup kedap untuk mengelakkan gangguan audio luar yang melampau.

Di Malaysia Sennheiser HD 620S dijual pada harga RM2050 sepasang tetapi hanya boleh dibeli bermula Jun depan.

Komen