Cari @ Amanz

Hari ini, salah satu gergasi telekomunikasi tempatan, iaitu Maxis telah pun memperkenalkan pelan pra-bayar baru mereka kepada semua, dinamakan sebagai Hotlink Bagus, menawarkan kadar panggilan dan SMS yang rendah, disamping beberapa kemaskini harga dan tawaran untuk para pengguna pra-bayar Maxis.

Melalui pakej yang ditawarkan oleh Hotlink Bagus, ia membolehkan para pengguna menikmati panggilan pada harga serendah 12 sen seminit, 1 sen SMS, penggunaan data pada kadar hanya RM2 untuk 100MB sehari, dan penjimatan untuk panggilan ke luar negara.

Untuk sebahagian pengguna, seperti pengguna Maxis Youth Club dan sebagainya, harga tersebut mungkin tidak nampak jauh beza. Namun, dari segi pelan data yang diperkenalkan oleh Maxis, ianya membawakan beza harga yang jauh berbanding sebelum ini.

Pelan Maxis Bagus ini boleh digunakan oleh para pengguna sedia ada Hotlink dengan mendail *108*21#, dan akan dikenakan caj pemindahan pelan sebanyak RM1, manakala para pengguna baru, boleh mendapatkan pakej SIM Hotlink Bagus daripada kedai telekomunikasi berdekatan mereka.

Ulasan lanjut menyusul.

Gambar oleh LiewCF dan SoyaCincau.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd