Cari @ Amanz

Moto G generasi ketiga, ataupun turut dikenali sebagai Moto G 2015 telah pun dilancarkan secara rasminya hari ini, sekaligus membolehkan pihak Motorola yang kini dimiliki oleh Lenovo berkongsi mengenai spesifikasi yang dibawakan olehnya secara rasmi.

Seperti telah tertiris beberapa kali sebelum ini, Moto G (2015) ini membawakan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 410 1.4Ghz, memori dalam pilihan 1GB/2GB RAM, serta ruangan storan dalam pilihan 8GB/16GB. Motorola turut menyertakan kamera belakang 13-megapixel bersama-sama dengannya, serta kamera hadapan 5-megapixel.

Telefon pintar ini hadir dengan antaramuka Android asli, dan menjalankan versi Android 5.1 Lollipop.

Motorola Moto G 2015

Salah satu kelebihan yang disertakan adalah sokongan kalis air pada peranti ini dengan piawaian IPX7, dikatakan boleh kalis air pada kedalaman sehingga 1 meter selama lebih kurang 30 minit.

Peranti ini telah dilancarkan di India, dan turut hadir dengan sokongan Moto Maker. Motorola sebelum ini telah menawarkan peranti Moto G generasi pertama dan kedua di Malaysia, dan ia tidak mustahil untuk kita melihat peranti generasi ketiga ini turut dilancarkan untuk pasaran tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd