Cari @ Amanz

Dengan pelancaran Ubuntu 13.10 semalam, hari ini Mark Shuttleworth telah pun mengumumkan nama untuk sistem operasi generasi baru mereka – Ubuntu 14.04. Sistem operasi yang bakal diperkenalkan pada April 2014 kelak ini bakal dikenali dengan nama “Trusty Tahr”.

Tahr ialah nama bagi tiga spesies antelop seumpama kambing. Ia mempunyai tanduk yang melengkung ke belakang dan kaki bertelapak, serta mempunyai bulu yang sangat tebal.

Ubuntu 14.04 kelak akan menjadi versi LTS yang membawakan sokongan untuk jangka masa panjang. Pembangunnya dijangka memfokuskan kepada beberapa perkara, termasuk kepada prestasi – menambah-baik platform untuk pelayan dan juga menjadikannya lebih menarik pada peranti mudah-alih.

Apa pun, sama-sama kita nantikan lebih kurang enam bulan lagi untuk melihat apakah yang bakal dibawakan oleh Ubuntu 14.04 LTS “Trusty Tahr”.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd