Informasi Komputer dan Teknologi Semasa

Amanz Network memfokuskan kepada penghasilan kandungan yang lebih memfokuskan dunia IT, dimana kami membangunkan dan mengeluarkan artikel mengenai perkembangan dunia IT dalam dan luar negara, selain pada masa yang sama mengeluarkan ulasan mengenai peranti dan gajet semasa. Kami juga pada masa yang sama menghasilkan tutorial dan menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya, dalam usaha untuk mendidik para pengguna tempatan dalam mendapatkan dan mengetahui pelbagai info dan tips semasa.
Ikhwan Nazri
CEO
Merupakan graduan MMU, yang mana mempunyai latar belakang dalam dunia multimedia dan kreatif, serta pernah membangunkan beberapa produk dan pekhidmatan berasaskan web yang terkemuka sebelum ini. Juga merupakan pemilik laman WeddingKami dan juga tunjang utama disebalik projek komuniti OfficeKami.
Di Amanz Network, beliau menguruskan bahagian komunikasi bersama badan korporat, selain turut memfokuskan kepada pembangunan jenama Amanz, dan juga merupakan orang kuat pada bahagian perniagaan di Amanz Network. Turut membuat ulasan aplikasi dan juga gajet sekali sekala. Boleh dihubungi melalui Twitter di @tekong.
Aman Firdaus
Penulis dan Editor
Graduan UNiSEL dari bidang pengurusan perniagaan. Merupakan penulis sepenuh masa di laman Amanz. Menguruskan dan mengawal kandungan yang dihasilkan dibawah jenama Amanz Network. Jejaka kacak paling muda di Amanz Network.
Boleh dihubungi melalui Twitter di @amanfirdaus.
Effi Nazrel
Penulis
Salah seorang selebriti di alam maya ini, dengan menggunakan nama @obefiend. Merupakan graduan dari Lim Kok Wing, dan turut sama mempunyai latar belakang dari dunia kreatif dan multimedia. Dikenali ramai dibawah nama BlogSerius, dan merupakan penulis sepenuh masa, dan kini dalam proses membangunkan dan mengeluarkan buku tulisan beliau tersendiri.
Di Amanz Network, Effi menguruskan bahagian gajet, dan membuat pelbagai ulasan berkenaan gajet dan peranti semasa, serta mengenai aplikasi mudah-alih yang menarik. Pada masa akan datang, Effi juga dijangka akan menulis serba sebanyak mengenai permainan komputer dan sebagainya di Amanz. Boleh dihubungi di Twitter melalui @obefiend.
Khairunnisa’
Wartawan Pelatih
Lepasan Diploma Komunikasi dan Media daripada UNiSEL. Di arena internet, Khairunnisa’ menggunakan nama pena sebagai Nisa Kay, dan aktif berkongsi pelbagai perkara melalui blog yang lebih memfokuskan kepada topik gaya hidup. Turut pernah membuat liputan video di NEF Awani 2010 dibawah jenama 1Tube sebelum ini.
Akan menghabiskan beberapa bulan di Amanz Network sebagai seorang wartawan pelatih, dimana beliau akan mengendalikan bahagian temuramah bervideo, selain menguruskan projek baru dibawah Amanz Network yang mana diberikan nama kod “Sinaran” buat masa ini. Boleh dihubungi di Twitter melalui @nisa_kay.
Lain-lain
Selain daripada beberapa orang tunjang utama Amanz Network ini, kami juga mempunyai beberapa penulis dan penyumbang bebas.
Mereka yang berminat untuk menghantarkan sebarang info ataupun perkara menarik berkaitan dunia teknologi tempatan mahupun antarabangsa, boleh menghantarkannya kepada media(at)amanz.my. Bagi mereka yang berminat untuk mengiklankan produk mereka di Amanz Network, anda boleh menghantarkan emel kepada ask(at)amanz.my.
Secara surat-menyurat, anda boleh hantarkannya terus kepada:
Amanz Network
B-5-8 Plaza Mont Kiara,
Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur.
Laman Amanz Network juga merupakan milik bersama komuniti, dimana boleh dikunjungi melalui laman Facebook rasmi kami, selain boleh ikuti kami di Twitter. Anda juga boleh ikuti kandungan video yang dihasilkan oleh Amanz Network melalui saluran rasmi YouTube.