Berita Terkini
-
04Oct
Microsoft Malaysia Menyambut Ulang-Tahun Ke-15 Hotmail
Seperti semua sedia maklum, ia sudah lebih 15 tahun sejak Hotmail diperkenalkan, dimana kini Hotmail mempunyai lebih daripada 360 juta pengguna diseluruh dunia. Sejak diperkenalkan pada tahun 1996 yang lepas, Hotmail telah melalui pelbagai perubahan daripada penjenamaan mereka, dan hari ini ia merupakan salah satu jenama terkemuka dunia, dan turut menjadi emel berasaskan web yang terkemuka di dunia.
-
04Oct
Microsoft Memperkenalkan Lima Fungsi Baru Pada Hotmail – Menjadikannya Lebih Menarik
Bersama-sama dengan sambutan ulang-tahun ke-15 oleh Microsoft Malaysia, mereka turut sama memperkenalkan lima fungsi baru pada Hotmail yang mana menjadikan perkhidmatan emel berasaskan web daripada Microsoft itu terus menarik, dan mendahului pesaing-pesaingnya yang lain.
-
04Oct
Nokia N9 Bakal Dijual Minggu Ini – Pra-Tempah Telah Dimulakan
Salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah perangi Meego daripada Nokia, iaitu Nokia N9. Mungkin penantian semua pihak akan berakhir, dimana kini ianya disahkan yang mana Nokia N9 akan mula dijual pada minggu ini, dan beberapa pengedar rasmi Nokia telah pun mengambil pra-tempahan untuk telefon pintar tersebut.
-
04Oct
Adobe Memperkenalkan Aplikasi Mesra Table – Adobe Touch Apps
Dengan tablet yang semakin hari semakin popular, hari ini pada MAX 2011, Adobe memperkenalkan sebanyak enam aplikasi baru dibawah Adobe Touch Apps, yang mana setiap satunya dioptimasikan sepenuhnya untuk tablet Android dan juga iPad, sekaligus membolehkan anda membuat pelbagai perkara menarik dengan mudah dimana saja, dengan menggunakan tablet anda.
-
04Oct
Adobe Mengambil-Alih PhoneGap Dan Juga TypeKit
Hari ini, Adobe mengumumkan dua perkara menarik, dimana mereka telah mengambil-alih dua syarikat terkemuka yang semakin popular, iaitu TypeKit yang menawarkan inovasi dalam typografi berasaskan web, serta turut sama mengambil-alih Nitobi, iaitu syarikat disebalik aplikasi pembangunan PhoneGap yang menawarkan framework untuk pembangunan aplikasi mudah-alih berasaskan HTML5.
-
04Oct
Ulasan Ringkas Laman Sosial Baru – DrBook.biz
Sepertimana yang diperkatakan sebelum ini, akhirnya kini ia dilihat yang mana laman sosial daripada Dr Rozmey telah pun dilancarkan, dan boleh digunakan oleh umum, sekaligus menambah kepada beberapa jenama atas-talian milik Dr Rozmey yang lain seperti Dr Places dan sebagainya. Namun begitu, ia masih lagi pada peringkat awal pembangunan, dan memerlukan lebih banyak penambah-baikkan padanya.
-
03Oct
Paparan Antaramuka BlackBerry Messenger Untuk Android Mula Kelihatan
Sebelum ini, pernah diperkatakan BlackBerry bakal memperkenalkan aplikasi permesejan popular mereka kepada para pengguna platform lain. Menariknya hari ini, paparan pertama antaramuka pertama aplikasi BlackBerry Messenger untuk Android telahmula kelihatan, sekaligus memberikan idea ia akan dilancarkan tidak lama lagi.
-
03Oct
DiGi Mula Menawarkan BlackBerry Curve 9360
Setelah dinantikan ramai sekian lama, akhirnya kini peranti BlackBerry Curve 9860 yang menggunakan sistem operasi terkini BlackBerry, iaitu BlackBerry OS 7 telah pun boleh didapati di pasaran Malaysia melalui syarikat telekomunikasi DiGi. DiGi menawarkan peranti baru ini kepada para pengguna tempatan pada harga serendah RM599 dengan kontrak selama 24 bulan dengan pelan DG Smart Plan 68.
