Berita Terkini
-
02Oct
Laman Dan Pengkalan Data Maxis Digodam Oleh GaySec
Setelah lama mendiamkan diri, hari ini, GaySec kembali semula dengan pengumuman terbaru mereka, dimana mereka telah pun berjaya mengodam laman web rasmi salah satu gergasi syarikat telekomunikasi, iaitu Maxis. Pada masa yang sama, GaySec turut mengumumkan yang mana mereka turut telah mendapat akses ke pengkalan data Maxis/Hotlink.
-
01Oct
RakanSukan.com Masih Belum Dilancarkan Seperti Mana Dinantikan
Salah satu projek yang dijangka dilancarkan pada awal pagi hari ini (1 Oktober) adalah laman RakanSukan.com yang mana merupakan salah satu projek dibawah Dana Belia 1Malaysia, dijangka bakal membawakan fungsi komuniti untuk mereka-mereka yang minat untuk bersukan dan menjaga kecergasan badan.
-
01Oct
MyEmail Menjenamakan Semula MarketPlace Menjadi Promotions
Dengan pelancaran versi stabil MyEmail, kini kelihatan beberapa perkara turut telah diubah pada halaman rasmi mereka. Salah satunya adalah dimana fungsi yang dikenali sebagai Marketplace sebelum ini kini telah dinamakan semula sebagai Promotions, dan beberapa promosi khas untuk para pengguna MyEmail diperlihatkan melaluinya seperti diskaun dan sebagainya.
-
01Oct
(Video) Demo Fungsi NFC Pada Peranti Symbian Belle Dari Nokia
Salah satu perkara baru yang dibawakan melalui Symbian Belle adalah sokongan NFC padanya. Melalui NFC, ia memudahkan sesuatu peranti dihubungkan sebelum ia menggunakan Bluetooth untuk penghantaran dan penerimaan fail-fail, selain pada masa yang sama turut boleh digunakan melalui cip-cip untuk mempromosikan sesuatu perkara dan juga untuk membayar seperti pada Touch-n-Go.
-
01Oct
(Video) Pandang Pertama Symbian Belle Pada Nokia 600, 700 Dan 701
Seperti sedia maklum, pada awal minggu ini, Nokia Malaysia telah pun melancarkan beberapa peranti baru Symbian Belle di Malaysia, iaitu Nokia 600, Nokia 700 dan juga Nokia 701, yang mana masing-masing menggunakan sistem operasi terkini Symbian dan juga didatangkan dengan sokongan NFC padanya. Kami di Amanz, telah menyediakan sebuah video ringkas memperlihatkan ketiga-tiga peranti ini, bersama-sama dengan beberapa fungsi baru pada Symbian Belle.
-
01Oct
Yahoo! Web Messenger Bakal Dimatikan Pada 1 November 2011
Yahoo! hari ini telah pun mengumumkan yang mana mereka bakal mematikan Yahoo! Web Messenger pada 1 November kelak, dimana selepas tarikh tersebut, perkhidmatan Yahoo! Messenger berasaskan web itu tidak lagi boleh diakses seperti sekarang. Walaubagaimanapun, sokongan Yahoo! Messenger melalui Yahoo! Mail akan terus dikekalkan seperti biasa.
-
01Oct
Portal Web Berkaitan Kebebasan Suara Bakal Dibangunkan
Kini, ia dilaporkan yang mana kerajaan bakal memperkenalkan salah satu portal web yang mana melaluinya ia akan membolehkan para penduduk dan pengguna awam untuk menghantar pelbagai kritikan, maklumbalas dan cadangan kepada pihak kerajaan dengan mudah, dan tanpa takut akan sebarang kesan undang-undang daripadanya.
-
01Oct
AMP Menawarkan Aplikasi Siaran Radio Tempatan Untuk Pengguna BlackBerry
Gemar mendengar radio? Kini menariknya, bagi para pengguna BlackBerry tempatan, sebanyak 9 aplikasi khas diperkenalkan, membolehkan anda mendengar kepada radio kegemaran anda terus melalui peranti BlackBerry dengan mudah, dan menggunakan internet untuk menjayakan siarannya.
