Berita Terkini
-
07Dec
#Tips : Ketahui Kepantasan Dan Ketepatan Anda Menaip Dengan Type-Fu
Dengan dunia perkomputeran semakin maju dari hari ke hari, ujian menaip merupakan salah satu kriteria utama oleh organisasi sebelum mengambil seseorang itu bekerja bersama-sama dengan mereka. Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan anda belajar menaip dengan pantas, dan salah satu aplikasi berasaskan web yang kami gemari adalah Type-Fu.
-
07Dec
Catcha Media Mengambil-Alih Pegangan Sebanyak 50% Pada Carlist.my
Catcha Media merupakan salah satu syarikat internet yang popular pada beberapa tahun dahulu, sebelum mula tenggelam. Namun tahun ini nama Catcha mula naik kembali, dimana mereka telah mulakan DealMates hasil kerjasama bersama beberapa pihak, selain turut mendapat pelaburan daripada pihak The Star, dan terkini, mereka terus memperluaskan jenama mereka, dengan mengambil-alih 50% pegangan pada laman Carlist.my.
-
07Dec
Antaramuka Awal Untuk Symbian Generasi Akan Datang Mula Kelihatan
Symbian Anna baru-baru ini telah diperkenalkan untuk kebanyakkan peranti Nokia sebelum ini, dan sementara pengguna masih menantikan kemaskini Symbian Belle pada peranti mereka, kini beberapa antaramuka awal mula kelihatan, memberikan idea yang mana Symbian generasi akan datang akan kelihatan seperti MeeGo Harmattan yang terdapat pada Nokia N9.
-
07Dec
Data Mengenai Perkara Popular Di Laman Sosial Facebook Diperlihatkan
Setelah Bing, Twitter dan Google mengeluarkan carian terhangat mereka untuk tahun 2011, kini Facebook turut sama mengeluarkan data daripada laman mereka berkaitan dengan perkara paling popular di laman sosial yang paling dikunjungi ramai itu. Walaubagaimanapun, data yang diperlihatkan adalah data global, dan bukannya yang dikhaskan untuk pengguna Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh Google Malaysia.
-
07Dec
Windows 8 Beta Pada Penghujung Februari – Windows Store Diperlihatkan
Salah satu perkara baru yang diintegrasikan bersama pada Windows 8 adalah Windows Store, dan kini Microsoft sendiri telah memperlihatkan dengan lebih lanjut mengenai fungsi tersebut melalui sebuah demo ringkas, selain turut bercakap mengenai peluang luas yang dimiliki oleh pembangun melalui platform mereka itu.
-
07Dec
Carian Terhangat Di Google Malaysia Sepanjang 2011 Diperlihatkan
Dengan semua mula mengeluarkan data berkaitan carian terhangat pada platform masing-masing, kini Google Malaysia turut sama telah mengeluarkan data berkenaan carian terhangat pada platform mereka, memperlihatkan pelbagai trend carian menarik oleh para pengguna tempatan, daripada carian berita, selebriti sehinggalah kepada carian blog melalui enjin carian Google.
-
07Dec
Peminat Nokia Di Singapura Telah Beratur Awal Untuk Nokia Lumia
Majlis pelancaran telefon-telefon pintar Nokia Lumia di Singapura akan diadakan pada pukul 7 petang ini waktu Singapura tetapi kelihatan sudah ramai peminat-peminat Nokia yang telah pun menghadirkan diri untuk menjadi antara 100 orang yang pertama di Singapura memiliki Nokia Lumia. Mereka beratur lebihkurang 8 jam lebih awal!
-
07Dec
BlackBerry App World 3.1 Diumumkan Oleh Research In Motion
Selain daripada pengumuman berkaitan dengan BlackBerry 10, pihak Research In Motion juga turut sama berkongsi akan beberapa perkara mengenai aplikasi pada BlackBerry dan turut sama memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh BlackBerry AppWorld 3.1 kelak tidak lama lagi. Salah satu fungsi baru padanya kelak adalah sokongan untuk meminta rakan membelikan aplikasi sebagai hadiah untuk kita.
