Berita Terkini
-
06Feb
Windows 8 Bakal Memberikan Lebih Kawalan Kepada Skrin Kunci Utama
Dengan pelancaran Windows 8 Consumer Preview yang semakin hampir, disasarkan pada bulan Februari ini, sedikit demi sedikit info dan juga paparan skrin untuknya mula kelihatan, sekaligus memberikan idea apakah yang bakal dibawakan olehnya. Selain daripada mengetahui ia tidak akan menyertakan butang Start secara asas pada desktop Windows 8, beberapa info lain juga mula kelihatan pada hari ini.
-
06Feb
Pembangun Android? Sertai Global Android DevCamp 2012 Kuala Lumpur
Hari demi hari, pembangun aplikasi Android tempatan semakin meningkat. Apata lagi dengan Google sendiri menyediakan pelbagai medium untuk pembelajaran berkaitan dengan aplikasi Android. Dan kini, sebuah acara bakal diadakan khas untuk pembangun Android tempatan pada 17 Februari sehingga 19 Februari kelak di Kuala Lumpur.
-
06Feb
(Video) Corning Mempertontonkan Masa Hadapan Dengan Teknologi Skrin
Skrin sentuh telah menjadi salah satu perkara utama dalam dunia teknologi pada hari ini, dan lebih banyak lagi inovasi bakal dibawakan oleh teknologi melalui skrin dalam bulan-bulan mahupun tahun-tahun akan datang. Selepas Samsung mempertontonkan skrin sentuh lutsinar dan juga skrin boleh dibengkokkan, kini Corning melalui video terbaru mereka, memperlihatkan apakah yang bakal dibawakan oleh skrin pada masa hadapan.
-
06Feb
Versi Pembangunan Windows 8 Menyembunyikan Butang Start?
Salah satu perkara popular pada Windows dari dulu sehingga ke hari ini adalah butang Start padanya, yang membolehkan para pengguna mengakses pelbagai perkara dengan mudah melaluinya. Namun, melalui versi pembangunan Windows 8 Consumer Preview, ia kelihatan butang tersebut seperti disembunyikan daripada taskbar, berbeza dengan sebelum ini.
-
05Feb
Firefox 11 Beta Membawakan Sokongan Kepada Teknologi SPDY
Selepas pelancaran Firefox 10 tempoh hari yang membawakan sokongan jangka masa panjang, serta beberapa perkara baru bersama-sama dengannya, kini Mozilla telah pun memulakan fokus kepada Firefox 11 yang mana bakal dilancarkan dalam tempoh kurang 6 minggu lagi. Salah satu sokongan yang bakal didatangkan bersama Firefox 11 adalah SPDY, salah satu teknologi HTTP yang dibangunkan oleh Google.
-
05Feb
Laman Carian Bing Mula Mempromosikan Windows 8 Consumer Preview
Bing mungkin bukan salah satu enjin carian yang popular di Malaysia, namun Microsoft tidak membiarkannya begitu sahaja. Selain daripada menjana carian pada Yahoo!, kini Microsoft turut menggunakan Bing untuk memperlihatkan Windows 8 Beta yang bakal dilancarkan pada bulan ini. Selain hanya enjin carian, mereka turut menyediakan beberapa info berkaitan dengan Windows 8 terus melalui laman Bing.
-
04Feb
Nokia Ingin Mematikan Pembangunan Peranti Symbian Baru?
Symbian merupakan salah satu platform yang lama telah berada di pasaran peranti mudah-alih, dan masih lagi aktif sehingga ke hari ini. Namun, walaupun sebelum ini Nokia sendiri pernah mengatakan mereka akan menyokong platform tersebut, sekurang-kurangnya sehingga ke tahun 2015, menurut laporan terbaru, ia diperkatakan, peranti baru yang menggunakannya mungkin tidak lagi akan diperkenalkan, kecuali hanya satu model sahaja.
-
04Feb
Blogr.MY – Laman Komuniti Berbentuk Perkongsian Artikel Memfokuskan Penulis Blog
Terdapat beberapa laman yang memfokuskan kepada perkongsian pautan oleh para penulis blog, dan diantaranya adalah seperti GengBlogger (yang digantikan dengan Gezt), Kartikel, dan terkini adalah Blogr. Dan sepert beberapa perkhidmatan lain, ia menggunakan akaun sosial sedia ada, dimana Blogr.MY menggunakan akaun Twitter untuk pendaftaran dilaman tersebut.
