Berita Terkini
-
30Apr
LG Menyertai Industri Ruangan Storan Awan Melalui LG Cloud
Nampaknya, dunia perkomputeran awan kelak akan disertai oleh pelbagai pengeluar komputer mahupun peranti mudah-alih seluruh dunia. Selepas minggu lepas kita melihat Google dan Microsoft masing-masing melancarkan perkhidmatan storan awan mereka, kini LG pula muncul dengan perancangan untuk LG Cloud.
-
30Apr
Aplikasi MyTeksi Untuk iPhone Dilancarkan Secara Rasmi
MyTeksi sebelum ini pada bulan lepas telah memulakan ujian beta tertutup mereka untuk aplikasi iPhone, dan hari ini, secara rasminya, aplikasi tersebut telah pun dilancarkan kepada umum, membolehkan semua pengguna iPhone memuat-turunnya, dan mula menggunakannya dalam membuat tempahan untuk teksi.
-
30Apr
Ked.ai Memudahkan Penjualan Barangan Yang Tidak Digunakan
Perkhidmatan jual-beli di Malaysia dijangka akan terus meningkat pada tahun ini, dimana selain daripada beberapa laman web sedia ada yang memfokuskan kepada perkhidmatan jual-beli, terkini sebuah perkhidmatan baru dilancarkan, dinamakan sebagai Ked.ai, membolehkan orang ramai menjual barangan mereka dengan mudah.
-
30Apr
Nokia Bakal Menjual Subsidiari Mereka – Vertu?
Vertu merupakan salah satu syarikat subsidiari milik Nokia yang mengeluarkan peranti eksklusif dan berharga mahal. Kini, ia diperkatakan Nokia sedang dalam perbincangan awal untuk menjualnya kepada pemilik baru, dan mungkin akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
-
30Apr
Apakah Perkara Utama Yang Diakses Melalui Internet Pada Peranti Mudah-Alih?
Internet kini telah menjadi salah satu medium utama dalam kehidupan harian, dimana bukan sahaja melalui dekstop, tetapi peranti mudah-alih turut menjadi salah satu medium utama yang digunakan oleh rakyat tempatan untuk mengakses internet. Namun, apakah perkara utama dan mereka cari melalui akses internet pada peranti mudah-alih?
-
30Apr
Dengan Pengenalan myIdentity, Ia Menjadikan Perkhidmatan myEmail Tidak Relevan Lagi
Perkhidmatan myEmail merupakan salah satu perkhidmatan yang agak hangat diperkatakan pada tahun lepas, dengan jumlah kewangan yang dilaburkan padanya yang tidak memasuki akal. Namun, popularitinya seperti tidak meningkat naik, dengan promosi yang agak lemah. Dan kini, dengan pengenalan perkhidmatan myIdentity daripada pihak kerajaan sendiri, ia menjadikan myEmail seperti tidak relevan lagi.
-
29Apr
Firefox 14 Aurora Sedia Untuk Diuji – Membawakan Sokongan Tambahan Baru Untuk Pembangun
Dengan Firefox 13 Beta dilancarkan sebelum ini, Mozilla turut sama kini telah mengemaskini saluran pembangunan Aurora, sekaligus membolehkan para pengguna seluruh dunia yang ingin menguji Firefox 14 Aurora memuat-turun pelayar web sumber terbuka tersebut, yang mana menyertakan beberapa sokongan tambahan kepada pembangun web dan pengguna secara amnya.
-
29Apr
HP Malaysia Dan Discovery Channel Asia Memperlihatkan Kuasa Sebenar HP Folio 13
Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, HP Malaysia telah pun menamatkan acara promosi mereka bersama pihak Discovery Channel Asia hari ini. Melalui acara tersebut yang turut memfokuskan kepada rancangan MythBusters, beberapa perkara menarik telah dikongsikan bersama oleh HP Malaysia bersama para hadirin mereka.
