Cari @ Amanz

Antara rahsia terbuka Internet ialah kandungan lucah dengan mudah boleh ditemui di laman Tumblr. Amat memalukan sekiranya carian “Melayu” dilakukan pada laman tersebut, kandungan dewasa yang akan terpapar terlebih dahulu. Lebih menakutkan kandungan bawah umur juga boleh diakses pada laman yang pada asalnya dibangunkan untuk perkongsian imej dan nukilan pendek.

Terkini pihak Tumblr mengumumkan bermula 17 Disember ini, kandungan lucah tidak lagi akan dibenarkan pada platform mereka. Selepas tarikh tersebut, kesemua kandungan dewasa yang wujud akan disorokkan dari pandangan pengguna lain dengan akaun ditetapkan sebagai peribadi. Algoritma Tumblr akan mengesan kandungan dewasa baharu dan memadamnya. Pengharaman adalah dalam bentuk gambar, GIF dan video. Pengecualian dibenarkan dalam bentuk hasil seni, protes dan untuk tujuan pendidikan.

Pengharaman kandungan lucah ini diambil selepas aplikasi Tumblr ditarik dari Apple App Store dua minggu yang lalu akibat kandungan pornografi kanak-kanak. Sebelum itu laman telah dihalang akses oleh kerajaan Indonesia kerana kandungan lucah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd