Cari @ Amanz

Minggu ini boleh dikatakan dipenuhi dengan pengumuman pelbagai peranti baru daripada beberapa pihak, termasuk HTC yang telah memperkenalkan portfolio peranti baru mereka, iaitu kamera aksi yang dinamakan HTC RE.

Selain HTC RE, pihak HTC turut mengumumkan kemaskini aplikasi mengkhususkan kepada kamera, selain turut hadir dengan HTC Desire EYE yang menyertakan kamera 13-megapixel pada bahagian depan dan belakang.

Lenovo turut tidak ketinggalan pada minggu ini dengan mengumumkan beberapa produk baru mereka, termasuk salah satunya adalah Yoga 2 Tablet Pro yang hadir dengan projektor, dan juga Yoga 3 Pro yang membawakan komputer riba dengan sokongan pengecasan USB.

Di Malaysia, beberapa peranti baru turut telah dilancarkan, termasuk Asus Malaysia yang mengumumkan Fonepad 8, Memopad 8 dan Padfone S – selain Yota yang turut memasuki pasaran Malaysia dan melancarkan YotaPhone generasi pertama.

Selain daripada peranti, beberapa aplikasi baru turut dilancarkan, terutamanya daripada pihak Adobe yang melancarkan sejumlah aplikasi penyuntingan video dan gambar untuk pengguna iPhone. DBKL turut tidak ketinggalan pada minggu ini dengan memperkenalkan sokongan menyemak kereta tunda menggunakan WhatsApp dan Telegram.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd