Cari @ Amanz

Pejam celik dah tiba kita di pertengahan bulan November. Dengan penghujung tahun yang semakin hampir, pelbagai produk baru hadir ke pasaran tempatan. Minggu ini sahaja menyaksikan beberapa peranti baru dilancarkan di Malaysia, termasuk Ascend Mate 7 dan juga Ascend G7 daripada pihak Huawei.

Selain daripada telefon pintar, kamera aksi GoPro versi terbaru turut dilancarkan di Malaysia, dalam pilihan HERO4 Black dengan sokongan rakaman 4K, atau HERO4 Silver dengan sokongan skrin sentuh.

Google pada minggu ini telah pun menerbitkan imej untuk Android 5.0 Lolipop bagi peranti Nexus, selain turut hadir dengan beberapa kemaskini aplikasi untuk Android.

Akhir sekali, Microsoft pada minggu ini telah mengumumkan sejumlah perkara, termasuk peranti pertama daripada mereka tanpa penjenamaan Nokia, iaitu Lumia 535.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd