Cari @ Amanz

Walaupun pada penghujung tahun, tetapi ia dilihat tidak menghentikan para pengeluar untuk terus hadir dengan beberapa produk baru untuk pasaran tempatan. Antara peranti baru yang telah dilancarkan pada minggu ini adalah Lenovo Vibe X2, Alcatel OneTouch Flash, dan juga kemasukkan pengeluar baru dari China ke Malaysia, iaitu Meizu.

Disamping itu, aplikasi Carousell telah memasuki pasaran tempatan secara rasmi dalam menawarkan jual-beli menggunakan aplikasi mudah-alih, sementara Nokia pula telah menerbitkan aplikasi HERE Maps di Google Play. Deviantart juga setelah sekian lama telah memperkenalkan aplikasi rasmi mereka untuk Android dan iOS.

Google pada minggu ini telah mengemaskini beberapa aplikasi mereka, termasuk YouTube, dan juga pengenalan Android Studio 1.0 untuk memudahkan pembangunan aplikasi Android.

Disamping itu, beberapa penyedia perkhidmatan telah mengeluarkan statistik sepanjang tahun termasuk Spotify, Facebook dan juga YouTube.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd