Cari @ Amanz

Pada minggu ini, kita telah menyaksikan Oppo mengumumkan pelancaran telefon pintar baru mereka Oppo R7 dan juga Oppo R7 Plus, selain turut mengumumkan pengenalan Oppo Neo 5s untuk pasaran tempatan.

Selain Oppo, untuk pasaran tempatan pula, pihak Xiaomi telah mengumumkan pelancaran Xiaomi Mi4i, selain Acer yang melancarkan tiga telefon pintar baru untuk pasaran Malaysia. Apple juga pada minggu ini mencuri perhatian dengan mengumumkan pengenalan Macbook Pro 15-inci dengan pengenalan sokongan Force Touch.

Intel turut tidak ketinggalan minggu ini, dimana mereka telah mengumumkan Intel Compute Stick yang mula dijual di Malaysia pada harga RM599 untuk versi Windows.

Beberapa aplikasi turut diumumkan pada minggu ini, termasuk Instagram Layout untuk Android, selain Electronic Arts yang telah mengumumkan permainan Need For Speed yang bakal menyusul pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd