Cari @ Amanz

Google Malaysia baru-baru ini telah berpindah kepada pejabat baru, dimana ia menggunakan rekaan selari beberapa pejabat Google lain, tetapi pada masa yang sama membawakan beberapa elemen Malaysia bersama-sama dengannya.

Di Malaysia sendiri, pihak Google telah bertapak sejak awal 2011, dimana mereka telah sedia menawarkan pelbagai perkhidmatan mereka yang dioptimasikan untuk pengguna tempatan, termasuk antaranya adalah YouTube Malaysia, Google Maps Navigation, Google Maps Street View, Chrome WebStore, dan pelbagai perkhidmatan yang lain lagi.

Semestinya pembukaan pejabat baru ini adalah langkah awal mereka, dalam terus memperkenalkan pelbagai perkhidmatan baru Google untuk pengguna tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd