Cari @ Amanz

Siri Xiaomi Redmi 5 kini hadir dengan versi Plus, menyertakan skrin dan bateri yang lebih besar bersama cip yang lebih berkuasa. Ia berbeza dengan siri Redmi Note 5 atau dikenali sebagai Redmi Note 5 Pro untuk pasaran India, yang hadir dengan sokongan dwi-kamera dan kehadiran spesifikasi yang lebih berkuasa.

Xiaomi Redmi 5 Plus menggunakn skrin 5.99-inci Full HD+, cip Snapdragon 625, dan hadir dalam dua versi iaitu 3GB RAM dengan storan 32GB, atau versi 4GB RAM dengan storan 64GB.

Di Malaysia, Xiaomi Redmi 5 Plus ditawarkan pada harga RM749 untuk versi 3GB RAM + 32GB dan RM899 untuk versi 4GB RAM + 64GB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd