Cari @ Amanz

Selepas pelancaran semalam, Cuil menghadapi sedikit gangguan dan mengalami down beberapa kali. Malah terdapat beberapa post dari laman berlainan mengatakan bahawa Cuil tidak begitu mesra dengan kata kunci luar negara, dan buat ketika ini ianya menumpukan perhatian terhadap pasaran Amerika.


Perbandingan Cuil dan Google

Gambar-gambar yang ditayangkan bersebelahan keputusan carian juga dikatakan diambil secara random dan bukannya daripada laman terbabit. Sebagai contoh, ketika carian Abdullah Ahmad Badawi dilakukan, keputusan carian pertama menunjukkan pautan daripada WikiPedia, namun gambar yang dipaparkan adalah berlainan dengan gambar yang dipaparkan dihalaman WikiPedia.


Keputusan carian Cuil

Selain daripada itu, sekiranya kita tersalah taip, Cuil menjadi Culi, ianya akan membawa kita ke laman lucah. Dan ini menjadikan, pihak Cuil perlu mengambil perhatian serius dalam pembangunan jenama mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd