Cari @ Amanz

Windows 7 yang bakal keluar tidak lama lagi dilihat lebih menepati citarasa pengguna, dan ada beberapa pihak yang mengatakannya sebagai Vista yang diberi nafas baru.

Sekiranya pada Vista dan versi-versi sebelum ini, sebaik sahaja lepas boot, anda akan dibawa ke Welcome Screen, dalam Windows 7, para pengguna akan terus dibawa ke panel log-masuk Windows Live Messenger. Selain daripada itu, seperti yang dijanjikan sebelum ini, Windows 7 tidak akan menyertakan sidebar sepertimana yang diperkenalkan pada Windows Vista. Walaubagaimanapun, ianya masih menyertakan Gadget yang mana boleh diletakkan pada mana-mana bahagian di desktop.


Windows 7 Memperkenalkan Fungsi Bluetooth [via]

Windows Security Center pula diintegrasi sepenuhnya kedalam Control Panel, selain turut memuatkan fungsi Bluetooth dimana kita boleh transfer fail antara gajet kita dan komputer. Windows 7 juga memperkenalkan fungsi melihat keadaan PC kita dalam antaramuka yang menarik. Windows 7 juga bakal menyertakan Internet Explorer 8.

Windows 7 dijangka menemui pasaran pengguna pada awal tahun 2010. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa ura-ura mengatakan versi beta untuk Windows 7 bakal dikeluarkan awal tahun depan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd