Cari @ Amanz

Intense Debate, laman yang mana menyediakan sistem komen yang mana sebelum ini telah dibeli oleh Automattic, hari ini telah sepenuhnya keluar daripada keperluan jemputan untuk menggunakannya.. Kini, untuk menggunakannya, anda tidak memerlukan sebarang emel jemputan.

Beberapa perkara menarik mengenai Intense Debate yang terbaru ini adalah:

  • Sync Komen Dua Hala. Komen anda disimpan pada pemasangan WordPress anda dan turut disimpan di laman Intense Debate itu sendiri. Ianya adalah untuk memudahkan anda sekiranya pada suatu hari anda berhajat untuk tidak menggunakan sistem komen Intense Debate itu lagi.
  • Integrasi Dengan Dashboard WordPress. Anda tidak perlu untuk memasuki laman Intense Debate untuk meluluskan sesuatu komen seperti sebelumnya. Kini ianya diintegrasi secara sepenuhnya pada WordPress anda.
  • Sokongan pelbagai platform. Anda turut boleh menggunakan Intense Debate walaupun anda tidak menggunakan WordPress. Platform lain yang disokong adalah Blogger, TypePad, dan juga Tumblr.
  • Pemasangannya amat mudah, malah boleh dilakukan dalam masa beberapa minit sahaja. Sebelum ini, laman aMaNz pernah menggunakan sistem komen Intense Debate, tetapi tidak lagi menggunakannya kerana lebih mengemari sistem komen WordPress yang sedia ada. Selain daripada itu, WordPress 2.7 bakal memperkenalkan beberapa penambahan pada sistem komennya. Selain daripada Intense Debate, Disqus turut menyediakan sistem komennya tersendiri.

    © 2024 Amanz Media Sdn Bhd