Cari @ Amanz

Jerry Yang hari ini mengumumkan bahawa beliau bakal meletakkan jawatan sebagai CEO Yahoo! dan kembali bertugas sebagai Chief Yahoo! selain juga sebagai ahli lembaga syarikat Yahoo!.

Beliau akan meletakkan jawatan serta-merta setelah mendapat pengantinya. Untuk pencarian CEO seterusnya bagi Yahoo!, pihak Yahoo! telah melantik firma Heidrick & Struggles, dan ianya bakal diketahui dalam masa terdekat. Sebagai CEO Yahoo!, Jerry Yang telah menolak penyatuan dengan Microsoft, disamping gagal dalam kerjasama bersama Google.

Jerry Yang bersama-sama dengan David Filo telah memulakan Yahoo! pada April 1995. Yahoo! dimulakan sebagai sebuah portal web dengan direktori yang mana kini merupakan laman web dengan trafik tertinggi didunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd