Cari @ Amanz

Microsoft telah pun membuka aplikasi dalam talian mereka – Live Mesh kepada umum melalui public beta. Ini bermakna, ianya masih dalam beta, tetapi memberi peluang kepada umum untuk mencubanya terlebih dahulu.

Live Mesh

Live Mesh adalah salah satu aplikasi dalam talian yang membenarkan para pengguna synchronize fail-fail mereka, dan segala fail berkenaan boleh didapati dalam talian, dimana anda boleh aksesnya daripada komputer berlainan.

Buat masa ini, Live Mesh hanya boleh digunakan pada pelantar Windows Vista dan juga XP sahaja. Walaubagaimanapun, Microsoft dalam perancangan untuk membuka servis ini kepada pengguna Mac. Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu Windows Live ID dan terus boleh log masuk.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd