Cari @ Amanz

Setelah lama ditunggu-tunggu, hari ini Google akhirnya memperkenalkan to-do list melalui aplikasi emelnya, GMail. Aplikasi ini dikenali sebagai Task melalui GMail. Oleh kerana pelbagai perkara yang dilakukan oleh seseorang melalui akaun emel mereka, Google menambahkan lagi kegunaannya dengan memperkenalkan suatu aplikasi yang memperlihatkan tugas-tugas yang perlu dilakukan sementara sedang online.

Task masih lagi dalam Google Labs, jadi ianya tidak kelihatan pada akaun asas. Anda perlu membolehkannya melalui Setting pada laman GMail. Anda hanya perlu klik pada Setting, seterusnya Labs, dan Enable Task. Ianya akan diperlihatkan sama seperti ruangan chat (GTalk) yang dipaparkan pada bahagian sidebar di GMail. Kini, ianya lebih mudah dan lebih pantas untuk mengetahui perkara apa yang perlu dilakukan oleh anda setiap hari, dan menguruskan diri anda dengan lebih teratur.

P.S : aMaN menggunakan aplikasi RainLender untuk menguruskan masa. Ia juga menyokong platform Linux.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd